هاروم كاستوري , ماور بردوري


"

Diary About Link Stuff



Follow|Home
Rabu, Disember 19, 2012 | 1:13 PG | 0comments





Bismillahirrahmanirrahim 

   Assalammualaikum w.b.t. Kaifa halukum sahabat? aku doakan agar sahabat sihat walafiat :) Tanganku sedang menari-nari menaip satu-persatu perkataan. Ye,itulah hobiku.Suka update blog.Mungkin atau kadang-kadang.

   Bercerita tentang 'Nak Jadi Baik' ni,tentang kisah diriku jugak.Bukan setakat nak jadi baik,tapi nak berhijrah 'Fi Sabilillah'.Alhamdulillah,aku mendapat hidayah dari Allah.Tapi,berubah memang mudah,cuma nak menghadapinya susah.Nak berubah memang tak kekal,tapi inshaAllah jika berubah niat 'Lillahi Ta'ala' akan KEKAL. Kita berdoa sahaja,agardipermudahkan oleh Allah dengan 'Penghijrahan' kita.Ingat,berhijrah dengan niat kerana Allah.Nak berubah Baik pun sama :).

    Seperti yangku katakan,Nak berubah memang mudah.Tapi nak laluinya,agak sukar.Betul? Ye,aku pun alami.Kita sama-sama alaminya.Nampak tak photo ke-2 tu?Faham kan maksudnya? Itulah pasalnya,kalau manusia nak berubah je,ada yang tak sukalah,menyampahlah,bencilah,sindirlah dan macam-macamlah! Tolonglah! Setiap manusia ada hak. Ada jugak orang yang nak berdakwah,pastu orang tu cakap "Alah, 'BAJET ALIM' je mamat ni,'BAJET ALIM' je minah ni.." Wahai Hamba Allah, memang kami 'Bajet Alim',sebab kami nak masuk 'SYURGA ALLAH'..Habis awak nak Bajet apa? Eh,taknak masuk SYURGA ke?Se'Bajet Alim' kami, dapat jugak ganjaran pahala.Kita berubah,biarlah manusia tak suka atau membencinya,asalkan Allah suka dan memberkatinya :)

     Aku memang ingin 'Berdakwah'.Sebab,aku tahu dakwah itu tugasku untuk menyebarkan ilmu tentang Agama Islam.Agama tercintaku sendiri.Tapi,kenapa?setiap aku ingin berdakwah di laman sosial di Facebook,Twitter atau Blog,ada je halangan,rintangan,cabaran.Aku rasa,seperti Putus Asa.Tak! tak akan kucuba mengungkapi kata-kata 'PUTUS ASA' untuk berhijrah kerana Allah.Tak akan.InshaAllah,aku akan cuba bertahan.Kadang-kadang NIAT ku untuk berdakwah,terganggu.Aku tahu,itu angkara hasutan Syaitan Laknatullah! Sentiasa beristighfar agar tak terganggu.

     Aku menemukan satu hadis,iaitu:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
(al-Bukhari)

     Untuk pengetahuan juga,ingin berhijrah juga adalah tanggungjawab yang berat.Seseorang perlu mempunyai kesabaran dan ketabahan.Tapi,kita doalah sama-sama,agar Allah S.W.T. permudahkan :') Aku tahu,walaupun aku ingin berubah dan berhijrah,walaupun aku post dakwah kat blog,update status dakwah kat Facebook,tweet dakwah kat Twitter,tapi ketahuilah aku bukan manusia yang MULIA.Aku hanya,manusia Biasa.Jangan fikir juga,aku tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan.Aku ini,hanyalah 'PENDOSA'.Kita semua hamba Allah.Kita semua SAMA.Aku minta tolong,jika ada orang di sekeliling anda ada yang ingin berubah,tolong..Tolong beri sokongan dan dorongan,bukan sindiran dan kutukan.TOLONG :')

      Apa salahnya,awak yang tengah baca post saya nih,berubah dan berhijrah sama-sama.Kan lebih baik mengajak orang untuk ke arah Kebaikan dan bukan ke arah Kejahatan :)

                                 -Tumpang Lalu Aku Mengundurkan Diri Dahulu- 


Older Post